Gambar Hiasan - Bus elektrik yang digunakan di Bandaraya Hamura, Jepun. |
Putrajaya,
(Friday, 13 November 2015) ― Perbadanan Putrajaya bakal memperkenalkan
perkhidmatan bas elektrik untuk sistem pengangkutan awam di pusat pentadbiran
kerajaan itu bermula September tahun depan.
Menteri
Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebagai
permulaan, 10 bas yang dibawa khas dari Jepun, akan digunakan untuk operasi
percubaan di semua laluan perkhidamatan bas Nadi Putra.
“Selain
mengurangkan pencemaran udara dan bunyi, penggunaan bas elektrik juga selaras
dengan aspirasi menjadikan Putrajaya sebagai 'Green City', selain meningkatkan
lagi penggunaan teknologi hijau dalam perkhidmatan awam yang mesra alam.
“Bas
ini akan melalui tempoh percubaan kira-kira tiga bulan dan jika mempunyai daya
saing yang baik, kita akan menukar semua bas sedia ada yang kini menggunakan
gas kepada bas elektrik sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas
melepaskan peserta kayuhan “Community Fun Ride” di Kompleks Kejiranan Presint 9
pada 8 November lalu.
Sebanyak
500 peserta mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 13 kilometer itu.
Tengku
Adnan berkata bas yang boleh membawa 60 penumpang pada satu masa itu mampu
bergerak pada jarak 30 kilometer untuk pengecasan bateri selama 10 minit.
Dalam
pada itu, Tengku Adnan berkata kerajaan memahami keluhan warga Putrajaya
mengenai kesesakan trafik berhubung penganjuran Kejohanan Formula E (ePrix) FIA
di pusat pentadbiran persekutuan itu semalam, namun menegaskan perlumbaan
tersebut tetap baik dari aspek mempromosikan Putrajaya dan negara.
Selain
mempromosikan Putrajaya, kita harap ePrix yang dipancarkan secara langsung ke
banyak negara mampu memperlihatkan kepada dunia hasrat kita menjadikan setiap
bandar sebagai 'Green City' yang mesra alam, katanya.
Beliau
berkata pemilihan Putrajaya sebagai lokasi juga bertujuan membawa perlumbaan
kepada masyarakat berbading jika dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang yang
memerlukan penonton pergi ke sana serta dikenakan tiket, berbeza dengan ePrix
yang kemasukannya adalah percuma.
“Jadi,
saya harap rakyat faham apa yang kita buat bukan untuk menyusahkan mereka
sebaliknya 'kesusahan sementara' itu sebenarnya akan membolehkan mereka meraih
lebih kesenangan pada masa hadapan,” katanya.
Berlangsung
di laluan utama pusat pentadbiran persekutuan, perlumbaan ePrix disertai 10
pasukan, masing-masing menurunkan dua pelumba untuk beradu di litar sepanjang
2.56 kilometer, melibatkan 33 pusingan.
No comments:
Post a Comment